GOP to Hong Kong dan Shenzhen, China
Background
Pada 25 hingga 29 April 2010, Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan lawatan industri ke Hong Kong dan Shenzhen, China atau turut dikenali sebagai Biomedical Engineering China Tour (BECT’10) di bawah Program Global Outreach (GOP). Seramai 20 orang pelajar tahun 2 dan seorang pensyarah telah menyertai program ini.
Objektif
- Melawat industri kejuruteraan bioperubatan di Hong Kong dan Shenzhen
- Membuka peluang bagi penyelidikan bersama, pertukaran pelajar dan latihan industri kepada mahasiswa
- Memahami secara mendalam tentang kursus kejuruteraan bioperubatan yang ditawarkan oleh pusat pengajian yg terdapat di sekitar Hong Kong dan Shenzhen serta membuat perbandingan dengan Universiti Teknologi Malaysia
- Mengenali tahap sains dan teknologi yang terdapat di hospital dan industri bioperubatan di China
- Mendapat pengalaman budaya di negara China
Tempat / Institusi
- Hong Kong University of Science and Technology
- Hong Kong Polytechnic University
- Shenzhen Mindray Bio-medical Electronics Co. Ltd.