Tel: +6 07-553 3333 fke@utm.my

Assalam dan Salam Sejahtera,

Bermula dari 1 Jan 2019, SKBSK telah melancarkan Kempen anti merokok di sekitar Bangunan V01. Sehubungan dengan itu, semua Staf dan pelajar adalah dilarang sama sekali untuk merokok di dalam bangunan V01. Bermula dari April 2019, seorang pegawai di kalangan staf SKBSK akan dilantik oleh Unit Integriti UTM bagi menguatkuasakan kempen anti merokok ini dimana pegawai tersebut berhak mengeluarkan saman kepada perokok disekitar bangunan V01. Diharap semua staf dan pelajar dapat mengambil sikap proaktif terhadaap isu ini dan bersama-sama kita menjayakan kempen anti merokok ini. Sekian, Harap Maklum

Dear all,

As of 1 Jan 2019, SKBSK has launched anti-smoking campaign around V01 Building. With regards to this, all staff and students are reminded not to smoke around this building. Starting April 2019, an officer among SKBSK staff will be appointed by the Integrity Unit of UTM to enforce this campaign where the officer will be given the authority to summon anyone who smokes around V01 building. Therefore, together we make V01 a smoke free zone. Thank you.

Berikut adalah sedikit maklumat mengenai risiko asap rokok./ Following is info on danger of smoking

  1. Apa itu asap rokok Pasif? Gabungan asap rokok aliran sisi dari bahagian yang menyala dan asap rokok aliran utama yang dihembus keluar perokok Siapakah perokok Pasif? Mereka yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok sekurang- kurangnya 15 minit dalam masa 2 hari untuk tempoh seminggu(WHO)
  2. Perokok Pasif mempunyai risiko: • 30% lebih tinggi mendapat kanser paru2 • 20% lebih tinggi mendapat penyakit jantung Perokok pasif berisiko mendapat kesan-kesan negatif: • Batuk-batuk • Pedih mata • Loya • Pening kepala Ini semua menjejaskan kesihatan dan prestasi kerja anda. Oleh itu hindarilah diri daripada asap rokok.
  3. Antara sebab-sebab penting kenapa anda perlu berhenti merokok adalah: § Menghindari racun dalam asap rokok § Menurunkan risiko mencegah penyakit §Memulihkan kesuburan § Memulihkan stamina yang terjejas § Nafas yang lebih segar
  4. § Kulit lebih sihat § Memulihkan masalah mati pucuk yang dialami § Meningkatkan kecergasan,deria rasa dan bau § Melindungi orang lain § Menjimatkan wang§ Gigi yang lebih putih § Suasana rumah dan tempat kerja lebih selesa
  5. Apakah perubahan yang berlaku apabila anda berhenti merokok: SELEPAS….. ….2 JAM Sistem peredaran darah mulai bersih daripada nikotin. ….6 JAM Nadi menjadi perlahan ke paras lebih normal.Tekanan darah akan menurun.
  6. 24 JAM Gas beracun(karbon monoksida) akan lenyap dari tubuh.Lebih banyak oksigen diserap oleh sel tubuh ….2 HARI Deria rasa seperti lidah dan deria hidu akan bertambah baik. ….BEBERAPA MINGGU Silia dalam saluran pernafasan yg berfungsi membersihkan bahan2 kotoran spt habuk akan pulih.
  7. 2 BULAN Peredaran darah ke seluruh tubuh spt jejari tangan dan kaki akan lebih efisyen ….3 BULAN Menjadi lebih subur ….5 TAHUN Risiko mendapat serangan jantung akan berkurangan hampir 50% berbanding seorang perokok.
  8. 10 TAHUN Risiko mendapat kanser paru-paru berkurangan hampir 50% berbanding seorang perokok.Sementara itu risiko mendapat serangan jantung adalah sama spt seorang yang tidak pernah merokok ….15 HINGGA 20 TAHUN risiko mendapat kanser paru-paru adalah sama spt seorang yang tidak pernah merokok
  9. Merokok adalah tabiat buruk dan akan menyebabkan ketagihan.Asap rokok dikaitkan dengan 40 jenis penyakit serius spt: Ø Penyakit jantung Ø Kanser Ø Tekanan darah tinggi Ø Jangkitan saluran pernafasan Ø Angin ahmar(strok) Ø Penyakit gigi dan gusi Ø Penyakit mata Ø Ulser perut Ø Osteoporosis Ø Arteriosclerosis