Tel: +6 07-553 3333 fke@utm.my
Kem Kesihatan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sukacita dimaklumkan, Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan (SKBSK), Fakulti Kejuruteraan, UTM dengan kerjasama Hospital Penawar, akan menganjurkan program Kem Kesihatan 2022 seperti di atas:
Antara program yang akan diadakan sempena Kem Kesihatan ini adalah:
1. Saringan kesihatan PERCUMA bagi kumpulan B40 melalui Skim Peduli Kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu PEKA B40
2. Pakej Saringan Kesihatan pada harga yang berpatutan
3. Covid 19 Vaccine Booster (PERCUMA)
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 30 & 31 Mac 2022
Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Bangunan V01, SKBSK, Fakulti Kejuruteraan
Pendaftaran bagi program ini boleh dibuat melalui pautan berikut
Semua dijemput untuk menyertai program Kem Kesihatan ini. Sekian, terima kasih.
*Peserta dinasihatkan untuk berpuasa 8 jam sebelum melakukan saringan kesihatan
Kesemua peserta DIGALAKKAN membuat ujian kendiri Covid-19 sebelum hadir
*Terdapat juga gerai-gerai jualan makanan dan minuman yang menarik pada hari tersebut. Jumpa disana