Tel: +6 07-553 3333 fke@utm.my
Permohonan Bantuan Zakat UTMJB sesi 2018/2019
bagi kategori :
.
> Bantuan Zakat Yuran Pengajian (BZYP)
> Bantuan Zakat Sara Diri (BZSD)
> Bantuan Zakat Latihan Industri (BZLI)
.
AKAN DIBUKA BERMULA 03 SEPTEMBER 2018 HINGGA 24 SEPTEMBER 2018
.
(Khusus kepada pelajar yang sedang mengikuti Diploma & Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di Kampus UTMJB sahaja)
.
Permohonan dibuat secara online di laman web islamiccentre.utm.my. Sila baca dahulu syarat-syarat yang ditetapkan di http://islamiccentre.utm.my/jenis-bantuan-zakat/
.
Sila pastikan borang diisi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
.
Berikut adalah syarat am permohonan :
.
1. Pendapatan keluarga tidak melebihi RM3,000 sebulan dan mempunyai tanggungan yang ramai (slip gaji/penyata pencen/pengesahan pendapatan perlu dimuatnaik dalam ruangan yang disediakan. Pengesahan pendapatan hanya boleh digunakan bagi bapa yang bekerja sendiri sahaja dan boleh dimuatturun di http://islamiccentre.utm.my/borang-pengesahan-pendapatan/. Sekiranya pasangan bekerja di bawah Felda/Risda/Felcra dan seumpama dengannya, sila nyatakan penyata pendapatan dari organisasi berkenaan)
.
2. Bagi bantuan zakat yuran pengajian, pemohon mestilah bukan penerima biasiswa/ bantuan/pinjaman dari mana-mana organisasi
.
3. Bagi bantuan zakat sara diri, pemohon mestilah bukan penerima biasiswa. Sekiranya pemohon menerima bantuan/pinjaman, ianya tidak melebihi RM3,500 setiap semester.
.
4. Bagi bantuan zakat latihan industri, pemohon mestilah bukan penerima biasiswa. Sekiranya pemohon menerima bantuan/pinjaman, ianya tidak melebihi RM3,500 setiap semester. Pemohon tidak menerima elaun dari majikan tempat praktikum dan perlu disertakan pengesahan tidak diberikan elaun daripada majikan.
.
Keputusan permohonan adalah ditapis berdasarkan kiraan had kifayah yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, dan dengan merujuk syarat-syarat yang telah ditetapkan.
.
Keputusan akan diemelkan kepada pemohon yang berjaya sahaja.
.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013-4154879.
.
Sekian, terima kasih.
.
Pusat Islam
Universiti Teknologi Malaysia
Johor Bahru