Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,
Saudara,
Merujuk kepada Panduan Pergerakan Staf dalam tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan Versi 3.0 dan Panduan Bekerja Pasca PKP Versi 1.0 yang dilampirkan, Staf Fakulti Kejuruteraan yang Bekerja dari Rumah (Work-from-Home) perlu mematuhi perkara-perkara di bawah:-
- Melaksanakan urusan kerja dari lokasi rumah kediaman staf dalam tempoh waktu bekerja.
- Sentiasa berada di rumah dalam tempoh waktu bekerja.
- Sentiasa bersedia sekiranya diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi.
- Memastikan sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja.
- Memastikan kerja-kerja dilaksana dalam tempoh ditetapkan.
- Sentiasa melaksanakan tugas sebagai penjawat awam dalam tempoh waktu bekerja dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Ahad-Rabu) dan 8.00 pagi hingga 3.30 petang (Khamis) atau mengikut waktu kerja anjal yang telah diluluskan.
- Sentiasa peka dan boleh dihubungi melalui call/whatapps/email dan perlu menghubungi/membalas semula call/whatapps dalam tempoh 30 minit selepas menerima call/whatapps.
- Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap staf yang tidak berada di rumah pada waktu bekerja yang ditetapkan.
Sehubungan itu, adalah dimaklumkan sekiranya staf berhajat untuk TIDAK Bekerja dari Rumah (Work-from-Home) atau Bekerja dari Pejabat (Work-from-office), staf diminta untuk MEMOHON CUTI REHAT/CUTI GANTIAN.