PANDUAN PERGERAKAN STAF DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Berdasarkan Pekeliling Pentadbiran Bil. 52/2020 yang dikeluarkan pada 19 Oktober 2020 mengenai Panduan Pergerakan Staf/ Pelajar/ Pelawat dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) serta Panduan Pergerakan Staf (V3.0) (Klik DI SINI) di laman web https://registrar.utm.my/panduanpkp/, berikut adalah tindakan yang perlu diambil oleh staf mulai 1 November 2020:
- Membuat deklarasi kesihatanmelalui ‘Health Declaration Form’ (HDF) di aplikasi UTMSmart atau di Portal Web myUTM (pengisian mulai 1 November 2020 dan perlu ditunjukkan di pintu masuk Universiti mulai 3 November 2020). (Klik DI SINI).
Bagi Pekerja Sambilan Harian (PSH), pelajar yang menjalani Latihan Industri di UTM dan lain-lain kategori, deklarasi kesihatan boleh diisi melalui Borang Saringan Kesihatan (Manual) DI SINI.
- Kaedah Pemantauan di Pintu Masuk Universiti
1.1 Melepasi saringan suhu (<37.5oC)
1.2 Memaparkan HDF. Hanya HDF yang memaparkan Pas Hijau dibenarkan masuk.
1.3 Memaparkan kad matrik staf.
- Merakam QR Codedi lokasi yang ditetapkan di Universiti (cth: pejabat/ fakulti)
- Mengisi Borang Pemakluman Pergerakan Merentas Negeri/ Daerah/ Zon. (KlikDI SINI dan DI SINI)
- Sekiranya ada keperluan atau diarahkan bekerja dari rumah, staf perlu membuat pengisian permohonan ‘Work From Home– WFH’ di aplikasi UTMSmart atau di Portal Web myUTM. (Klik DI SINI)
Staf juga boleh merujuk kaedah pengisian Pergerakan Staf UTMSmart DI SINI.
Sekian, sebarang pertanyan mengenai panduan ini, boleh emel ke bpo@utm.my/ bsm@utm.my.
Terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“Yang Menjalankan Amanah”
Human Resource Division/ Bahagian Sumber Manusia
Registrar Department/ Jabatan Pendaftar
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, Malaysia
FAX : 07-5561722
Site: http://registrar.utm.my