Tel: +6 07-553 3333 fke@utm.my

Mesyuarat Penyerahan Surat Persetujuan Lantikan sebagai Profesor Adjung dan Lawatan Singkat oleh Prof Dato Sri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah ke JKBSK ( 30hb Oktober 2022)

JKBSK telah menerima kunjungan awal oleh Prof Dato Sri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah bagi menyerahkan surat lantikan sebagai Profesor Adjung bermula pada 1 November 2022 sehingga 30 Oktober 2023. Prof Dato Sri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah adalah seorang pakar perubatan ( pakar bedah dan pakar perubatan kecemasan) dan telah berkhidmat di KKM lebih dari 35 tahun. Selain itum beliau juga aktif dalam penglibatan sebagai ahli akademik dan pengurusan peringkat tertinggi Malaysia Medical Council, Academiy Medicine of Malaysia, Malaysia Society for Traumatology & Emergency Medicine dan Senior Honorary Consultant di Hospital Kuala Lumpur. Prof Dato Sri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah juga banyak menjalankan aktiviti penyelidikan berkaitan alatan perubatan untuk kegunaan pesakit terutamanya semasa kecemasan. Pihak JKBSK mengucapkan terima kasih kepada Prof Dato Sri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah atas persetujuan dan semoga pelantikan ini dapat memberi manfaat kepada semua serta meningkatkan kerjasama penyelidikan serta pengajaran dalam bidang kejuruteraan bioperubatan dan sains kesihatan.