Tel: +6 07-553 3333 fke@utm.my
Seramai 33 orang pelajar Tahun 3 daripada Program Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) dengan Kepujian, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) daripada Kursus Pengurusan Sisa Makanan (BWD31402) akan mengadakan satu lawatan berkenaan Program Pengurusan Sisa Makanan ke Arah Kelastarian Alam.
Lawatan pelajar ini adalah satu bentuk kerjasama di antara penyelaras kursus Sisa Pengurusan Makanan (BWD31402) iaitu Dr. Siti Fatimah Zaharah binti Mohamad Fuzi dari UTHM dengan kerjasama Dr. Mohamad lkhwan bin Jamaludin dari UTM bagi membincangkan transformasi sisa makanan secara lestari untuk menghasilkan produk yang berpotensi pada masa akan datang.