Tel: +6 07-553 3333 fke@utm.my

Adalah dimaklumkan bahawa Pihak JKKP OSHE SKBSK dengan kerjasama Unit OSHE UTM, Unit Mekanikal Pejabat Harta Bina UTM, Pusat Kesihatan UTM dan Unit Keselamatan UTM akan mengadakan Latihan Pengungsian Bangunan Dan Demostrasi Pemadaman Kebakaran seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 20 Disember 2018 (Khamis) Masa   : 10.00 pagi Tempat : Tempat Berkumpul 1 (Berhadapan bus stop), Bangunan V01
Antara tujuan program ini ialah untuk :-
1) Memberi pendedahan kepada penghuni bangunan berkenaan laluan kecemasan dan tempat berkumpul
2) Melatih dan menguji keberfungsian Pasukan tindakan Kecemasan (ERT)Sehubungan itu, semua Penghuni Bangunan V01 termasuk staf, pelajar, pelawat, pekerja kontraktor pembersihan dan penyelenggaraan serta Pengusaha Cafe adalah diminta untuk bersiap sedia dengan berlangsungnya latihan ini. 
Staf adalah digalakkan untuk memakai pakaian sukan atau yang bersesuaian untuk memudahkan pergerakan semasa program dijalankan.

Dimaklumkan juga bahawa semua diminta untuk mengosongkan ruangan parkir yang berhampiran dengan tempat berkumpul di Foyer Bangunan V01 (bermula pada 20 Disember 2018 pukul 7.00 pagi).  Selain itu, semua kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir Bangunan V01 hendaklah diparkir secara reverse  dan penggunaan lif adalah tidak dibenarkan pada hari latihan berlangsung. 
Kerjasama semua staf akademik di Bangunan V01 adalah dipohon untuk membuat hebahan mengenai perkara ini kepada para pelajar.  Segala perhatian dan kerjasama semua adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.