Tel: +6 07-553 3333 fke@utm.my
Pada 13 September jam 2ptg yang lalu,
UTM telah menerima kunjung hormat pelajar sek men sains alam shah seramai 24 atlet ragbi dan 4 guru pengiring.
Lawatan ini adalah projek serampang 2 mata di mana utk meningkatkan motivasi atlet ragbi Sek Men Sains Alam Shah agar mempunyai visi untuk sambung belajar ke UTM dan pada masa yg sama meneruskan kecemerlangan sukan ragbi di UTM.
Pusat Inovasi dan teknologi sukan UTM turut juga merupakan pusat satelit ISN NEGARA di zon selatan telah menyambut kehadiran pelajar pelajar tersebut dengan taklimat ringkas jom masuk UTM telah diberikan sendiri oleh Pengarah Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan UTM iaitu Ts Dr Hadafi Fitri Mohd Latip.
Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan UTM juga menggunakan peluang dan ruang yang ada untuk menunjukan kepada pelajar pelajar Alam Shah tersebut, semua makmal satelit sukan ISN – UTM yang ada di bgn v01.Pelajar pelajar tersebut sgt teruja apabila masuk ke setiap lab kerana diberi pendedahan teknologi sukan UTM dan bila di tanya apakah pilihan mereka di masa depan, 70% bersetuju ingin memilih untuk sambung UTM.
Secara tuntasnya, Program lawatan sambil belajar sebegini perlu diperkasakan dari segi KAI kepada warga UTM. Ia nampak ringkas akan tetapi memberi Impak yang besar apabila pelajar yg cemerlang memilih UTM sbg destinasi pilihan utama pengajian mereka. Akhir kata kerana Tuhan untuk Manusia.