Tel: +6 07-553 3333 fke@utm.my
Adalah dimaklumkan bahawa Pihak JKKP OSHE SKBSK dengan kerjasama Balai Bomba Skudai, Unit OSHE UTM, Unit Mekanikal Pejabat Harta Bina UTM, Pusat Kesihatan UTM ,Unit Keselamatan UTM dan Pusat Kesihatan Universiti akan mengadakan Latihan Pengungsian Bangunan dan Latihan Pembelajaran Pemadaman Kebakaran seperti ketetapan berikut :
 
Tarikh : 5 Februari 2020 (Rabu)
Masa   : 10.00 pagi 
Tempat : Tempat Berkumpul 1 (Berhadapan bus stop), Bangunan V01
 
Antara tujuan program ini ialah untuk :-
1) Memberi pendedahan kepada penghuni bangunan berkenaan laluan kecemasan dan tempat berkumpul
2) Melatih dan menguji keberfungsian Pasukan tindakan Kecemasan (ERT)
3) Mengawal keadaan, mengurangkan risiko, menghadkan kerosakan dan menyelamatkan kehidupan 
 
Sehubungan itu, semua Penghuni Bangunan V01 termasuk staf, pelajar, pelawat, pekerja kontraktor pembersihan dan penyelenggaraan serta Pengusaha Cafe adalah diminta untuk bersiap sedia dan memberi kerjasama dengan berlangsungnya latihan ini. 

Staf adalah digalakkan untuk memakai pakaian sukan atau yang bersesuaian untuk memudahkan pergerakan semasa program dijalankan.
 
Dimaklumkan juga bahawa semua diminta untuk mengosongkan ruangan parkir yang berhampiran dengan tempat berkumpul di Foyer Bangunan V01 (bermula pada 5 Februari 2020  pukul 7.00 pagi).  Selain itu, semua kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir Bangunan V01 hendaklah diparkir secara reverse  dan penggunaan lif adalah tidak dibenarkan pada hari latihan berlangsung. 
Kerjasama semua staf akademik di Bangunan V01 adalah dipohon untuk membuat hebahan mengenai perkara ini kepada para pelajar.  Segala perhatian dan kerjasama semua adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Untuk melihat gambar penuh