Tel: +6 07-553 3333 fke@utm.my
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBrs Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Saudara,

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa gangguan bekalan elektrik akan berlaku pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

 
Tarikh : 11 September 2018 (Selasa)
Masa : 9.00 – 3.00 Petang 
Kawasan Terlibat : Seluruh Kampus UTM Skudai
Staf PHB Bertanggungjawab: Penjaga Jentera En Mahadzir Mohamad
 
Gangguan ini adalah disebabkan oleh kerja-kerja penyenggaraan di Pencawang Pembahagian Utama UTM.
 
Dalam tempoh tersebut hanya terdapat beberapa gangguan dalam tempoh 15minit sahaja, disebabkan oleh kerja-kerja mematikan bekalan dan penyambungan semula. 
 
Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon kerjasama dari tuan/puan supaya dapat memaklumkan mengenai gangguan ini kepada pelajar dan staf yang berada di kawasan yang terlibat. 
 
Segala kesulitan yang timbul akibat daripada gangguan ini amatlah dikesali.
 
Terima kasih di atas kerjasama anda.