Tel: +6 07-553 3333 fke@utm.my

Assalamualaikum w.b.t & greetings,

JEMPUTAN MENYERTAI “INTERACTIVE ENGLISH PROGRAM (INTENPRO)” FUN ACTION THEATRE

 

Perkara diatas dirujuk dengan segala hormatnya.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar UTM JB akan menganjurkan Fun Action Theatre bersempena INTERACTIVE ENGLISH PROGRAM (INTENPRO) pada bulan September ini. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha universiti dalam mendukung Minggu Ketiga Sebagai Minggu Bahasa Inggeris di UTM.
  1. Sehubungan dengan itu, pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan daripada setiap PTJ/Fakulti ke program ini. Penyertaan adalah percuma, terma dan syarat program adalah seperti dinyatakan di dalam brosur. Bersama-sama ini disertakan brosur penyertaan untuk makluman dan edaran di PTJ/Fakulti YBhg. Prof./Dr./Saudara.
  1. Justeru kepada yang berminat untuk mengikuti program ini boleh membuat pengesahan penyertaan dengan mengembalikan borang penyertaan kepada En. Azahar bin Mat Salleh melalui emel beliau azahar.ms@utm.my sebelum atau pada 20 Mei 2017. Untuk  sebarang keterangan lanjut, boleh menghubungi beliau melalui emel atau telefon 012-9061330.

Kerjasama dan kesudian YBhg. Prof./Dr./Saudara untuk turut serta menjayakan program ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian, terima kasih.

Sumber: 

 

Seksyen Pembangunan

Bahagian Sumber Manusia

Pejabat Pendaftar

UTM Johor Bahru

Pejabat :07 – 553 1116/37756/37949 | Faks: 07-5585821