Tel: +6 07-553 3333 fke@utm.my
Assalamualaikum kepada semua umat islam diseluruh dunia diucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilAdha 1443H. Semoga tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran atas nikmat yang diberikan. Semoga Hari Raya pada tahun ini kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita dan saling maaf-memaafi.
Doa hari Arafah
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al Ash RA (wafat 63 H) bahawa Nabi salallahualaihiwassalam bersabda:
‘Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik yang aku ucapkan dan juga diucapkan oleh para nabi sebelumku adalah,
“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”
Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.’