Tel: +6 07-553 3333 fke@utm.my
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Jemputan ke Majlis Meraikan Graduan & Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Sek Kej Bioperubatan Dan Sains Kesihatan 2021
Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Sukacita dimaklumkan, SKBSK akan menganjurkan Majlis Meraikan Graduan & Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang secara atas talian pada butiran berikut:
Tarikh: 4 Disember 2021
Masa: 10.30 am – 12.30 pm
Platform:
Untuk makluman semua, terdapat juga e-voucher untuk dimenangi untuk penonton yang turut serta sepanjang acara berlangsung dengan menjawab soalan yang diberikan.
Pergi berhuma di Tanjung Rokan,
Sebelum pulang mengail ikan,
Kehadiran tuan-puan kami alu- alukan,
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan.
Sekian, terima kasih.