Tawaran penajaan Program MyBrain 2.0 kini dibuka mulai 9 April 2025 sehingga 8 Mei 2025.
✅ Program ini dibuka kepada orang awam tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap dan pensyarah-pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) terpilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran di Universiti Awam (UA) dalam negara bagi sesi akademik 2025/2026.
Bidang pengajian :
Keutamaan dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM); dan
Sains Sosial dan Sastera Ikhtisas terpilih.
Maklumat lanjut boleh dirujuk melalui pautan: https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/