✨ Memperkasa Budaya Integriti di Tempat Kerja!

Unit Integriti telah turun padang ke Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) pada 23 April 2025 untuk menjayakan Program Jerayawara Interaksi Integriti (Integrate). Program ini berlangsung di Dewan Kuliah 6, Blok P19 dan menghimpunkan warga pengurusan serta staf FKE dalam sesi interaktif penuh informasi.

Objektif penganjuran program ini ialah untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran warga FKE tentang integriti dalam perkhidmatan awam serta memperkukuh nilai-nilai etika kerja.

Terima kasih atas komitmen semua yang hadir. Sama-sama kita jayakan budaya kerja berintegriti!