Universiti Teknologi Malaysia telah mewakili Malaysia di pertandingan ABU ROBOCON 2025 yang bertempat di Ulaanbaatar, Mongolia pada 22-26 Ogos 2025. Sebanyak 14 pasukan daripada 13 negara telah bertanding di mana pasukan Mongolia selaku tuan rumah telah menghantar 2 pasukan. Pasukan UTM telah berjaya maraih anugerah khas Tokyo Electron Ltd di pertandingan ini. Pasukan UTM terdiri daripada 37 mahasiswa dari tiga fakulti kejuruteraan iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE – 27 pelajar), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM – 7 pelajar), dan Fakulti Komputeran (FK – 3 pelajar). Pengurus pasukan adalah PM Ir. Ts. Dr. Mohd Ridzuan bin Ahmad (FKE).