Two teams from Universiti Teknologi Malaysia (UTM) emerged as Champion and Runner-Up in the Robocon Malaysia 2025 competition, held at Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia from June 17 to 19, 2025. The UTM teams consisted of 40 students from three engineering faculties: the Faculty of Electrical Engineering (FKE – 30 students), the Faculty of Mechanical Engineering (FKM – 7 students), and the Faculty of Computing (FK – 3 students). The team manager was Assoc. Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Ridzuan bin Ahmad (FKE).
Even more impressively, the two UTM teams faced each other in the final round, where UTM A emerged as Champion and UTM B as Runner-Up. The Champion team received medals and a cash prize of RM10,000, while the Runner-Up received medals and a cash prize of RM5,000. In addition to winning Champion and Runner-Up, UTM also won a special award – the Best Engineering Award – which came with medals and a cash prize of RM2,000. Altogether, the UTM Robocon teams won the highest total prize money of RM17,000.
With this victory, the UTM Robocon team will represent Malaysia in the international competition, ABU Robocon 2025, which will be held in Ulaanbaatar, Mongolia on August 24, 2025. Let us all wish the Malaysian Robocon team success in the ABU Robocon 2025 competition.
Dua pasukan daripada Universiti Teknologi Malaysia telah muncul Johan dan Naib Johan di dalam pertandingan Robocon Malaysia 2025 yang diadakan di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 17-19 Jun 2025. Pasukan UTM terdiri daripada 40 mahasiswa dari tiga fakulti kejuruteraan iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE – 30 pelajar), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM – 7 pelajar), dan Fakulti Komputeran (FK – 3 pelajar). Pengurus pasukan adalah PM Ir. Ts. Dr. Mohd Ridzuan bin Ahmad (FKE).
Lebih membanggakan lagi, dua pasukan daripada UTM telah bertemu sesami sendiri di peringkat akhir, di mana pasukan UTM A telah muncul Johan manakala pasukan UTM B muncul sebagai Naib Johan. Johan menerima medal dan wang tunai RM10,000, manakala Naib Johan menerima medal dan wang kemenangan RM5,000. Selain muncul Johan dan Naib Johan, pasukan UTM juga memenangi satu anugerah khas iaitu Anugerah Kejuruteraan Terbaik (medal beserta wang tunai RM2,000). Dengan ini, pasukan Robocon UTM telah berjaya mengumpul wang kemenangan terbanyak iaitu RM17,000.
Dengan kemenangan ini, pasukan Robocon UTM akan mewakili Malaysia di dalam pertandingan peringkat antarabangsa iaitu ABU Robocon 2025 yang akan diadakan di Ulaanbaatar, Mongolia pada 24 Ogos 2025. Doakan kejayaan pasukan Robocon Malaysia di pertandingan ABU ROBOCON 2025.