Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Seksyen Pengurusan Akademik dan Konvokesyen (AMaCS), Bahagian Pengurusan Akademik (AMD), Jabatan Pendaftar akan menganjurkan taklimat seperti butiran berikut:
Tarikh : 24 Januari 2024 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengahari
Platform : Secara dalam talian
Pautan : http://bit.ly/3tNfFKX
3. Sehubungan itu, semua staf akademik adalah dijemput menghadiri sepenuhnya taklimat ini. Mohon kerjasama juga untuk tidak terlibat dengan urusan rasmi lain sepanjang taklimat berkenaan berlangsung bagi memenuhi syarat kehadiran taklimat. Segala komitmen Y. Bhg. Prof./Prof. Madya/Ir./ Dr./ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan semoga taklimat ini tercapai objektifnya.