MAJLIS SANTAPAN DIRAJA UTM ROYAL GALA DINNER 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menganjurkan Majlis Santapan Diraja pada 19 Oktober 2024 (Sabtu), jam 8.00 malam bertempat di Putrajaya Marriott Hotel.

Objektif utama penganjuran program ini adalah mengumpulkan dana yang akan digunakan untuk pelbagai bentuk bantuan, termasuk pemberian biasiswa, bantuan sara hidup, pembayaran yuran pengajian, bantuan perubatan, makanan percuma, dan penyediaan peralatan pembelajaran.

Sehubungan itu, pihak Universiti amat berbesar hati menjemput semua Alumni UTM untuk turut serta dalam majlis tersebut dengan membeli pakej tajaan seperti dalam leaflet yang dilampirkan.

Atas kesediaan pihak Alumni membeli pakej tajaan majlis ini terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, boleh menghubungi pihak Urusetia RGD2024 seperti yang tertera dalam leaflet, seperti di lampiran.

Terima kasih.