
“KEUNGGULAN TERBILANG”
Bersama kita menjulang
Keunggulan terbilang
Ke mercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya
Martabat keilmuan
Cendekiawan beriman
Cekal bersama takwa
Menara cita-cita
Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung
Usaha kami bukti cintamu
Dikau persada ilmu
Keazaman, perjuangan
Takwa dan iman
Ke arah kecemerlangan
Pengajaran, penyelidikan
Penulisan, perundingan
Perkhidmatan kepada watan
Disini kami berdiri
Setia pada janji
Bermaruah berbudi bahasa
UTM sanjungan bangsa
UTM sanjungan bangsa
Lyrics by: Tamjis Kastiran
Song composed by: Hamzah Ibrahim