10 Januari 2023 – Beberapa ahli STEM-RBTK telah membuat lawatan ke Petrosains, Johor Bahru bagi membincangkan beberapa peluang untuk berkolaborasi terutamanya dalam bidang STEM. Dr Fauzan selaku ketua telah membentangkan beberapa projek yang berpotensi untuk bekerjasama dengan Petrosains di masa akan datang. Selain perbincangan, kami juga di bawa melawat ke beberapa tempat yang melibatkan aktiviti Sains yang terdapat di Petrosains tersebut.