Program STEM-RBTK bertujuan untuk mendidik para pelajar sekolah rendah dan menengah dalam empat disiplin khusus iaitu Science, Technology, Engineering dan Mathematics dengan kemahiran tambahan mengenai Reka Bentuk Teknologi dan Kejuruteraan (RBTK) dan diaplikasikan pada dunia nyata. Pasukan kami yang terdiri daripada para pensyarah dan mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Elektrik,  Universiti Teknologi Malaysia percaya bahawa pendididikan STEM-RBTK adalah penting bagi mewujudkan generasi baru inovator yang akan membentuk masa depan negara.

PROJEK KAMI

Robot TUAH merupakan robot berasaskan motor yang dibangunkan dengan Arduino Nano. Robot ini dapat melakukan pengesanan garisan, lampu dan cahaya infra merah. Robot ini juga mampu berkomunikasi secara bluetooth dan boleh di kawal menggunakan aplikasi telefon bimbit. Pelbagai modul aplikasi robot ini disediakan bagi kemudahan pembelajaran.

Dron adalah sebuah pesawat tanpa pemandu  atau turut dikenali sebagai robot terbang. Pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran sistem dron dan pendidikan tentang pengekodan. Manfaat dron dalam industri adalah seperti bidang kewartawanan, agrikultur dan keselamatan.

Internet of Things (IoT), (Internet Pelbagai Benda; IPB), merujuk kepada segala peranti elektronik (ataupun dikenali sebagi objek) yang berkomunikasi sesama sendiri melalui Internet. Internet Pelbagai Benda (IPB) merujuk kepada perubahan teknologi daripada telefon pintar kepada persekitaran pintar, seperti jam pintar, kereta pintar, rumah pintar malahan boleh seluas bandar pintar!