Majlis Menandatangani LOI Bersama Pengakap & SK Perumahan Tampoi 2

8/12/2022 (Khamis) – Satau majlis menandatangani LOI (Letter of Intent) di antara Persekutuan Pengakap Negeri Johor, SK Perumahan Tampoi 2 dan STEM-RBTK, FKE telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Kejuruteraan Elektrik bermula jam 2.30 petang sehingga selesai.

Majlis ini telah disaksikan oleh beberapa ahli STEM-RBTK yang hadir beserta dengan guru pengakap yang terlibat diketuai oleh Encik Firdaus.

LOI ini telah ditandatangani oleh :

Tuan Hj. Bardin Bin Uteh
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia Negeri Johor

Pn. Norliana Binti Ahmad
GPK Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi 2

Prof Ir Dr Rubita Binti Sudirman
Pengarah ECE
Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM

Antara objektif LOI ini adalah berkolaborasi kepakaran STEM-RBTK dalam menjayakan progam Integrated Scratch National Challenge 2022 serta perancangan aktiviti yang melibatkan STEM pada masa akan datang.